Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al Saud meninggalkan obama untuk solat

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memimpin delegasi penggubal undang-undang, pegawai kanan dan dua bekas menteri luar negeri AS ke Arab Saudi, hari Selasa 27/1/2015 bagi menyampaikan penghormatan dan ucapan takziah kepada keluarga kerajaan, menyusul wafatnya Raja Abdullah.

Kedatangan Presiden America Barack Obama dan isterinya Michelle Obama serta rombongan disambut raja baru Arab Saudi, Salman bin Abdul-Aziz Al Saud setibanya di lapangan terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi.

Ditengah istiadat sambutan kenegaraan ini, terdapat kejadian yang sangat menarik. Ketika azan Asar berkumandang Raja menghentikan protokol sambutan dan meminta izin pada tetamu (Obama) untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Kejadian tersebut disaksikan jutaan rakyat melalui siaran televisyen secara langsung. Obama terpinga-pinga meninggalkan majlis.

Peristiwa tersebut mendapat komen positif dengan perasaan bangga dan hormat terhadap Raja Arab Saudi yang baru kerana meletakkan solat dalam keutamaan.

Ahli dewan fatwa wilayah Qashim Dr Kholid al-Mushlih mengatakan: "Bahawa apa yang dilakukan oleh pelayan dua tanah suci Raja Salman bin Abdulaziz hari ini dengan mengutamakan solat dan melaksanakannya di tengah-tengah lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama merupakan bukti rasa hormat terhadap undang-undang Islam dalam segala keadaan ".

Beliau juga menjelaskan bahawa sikap Raja Salman memberi mesej kepada semua, bahawa hak Allah berada diatas hak apapun dan siapapun, dan sikap ini memberikan jaminan dan ketenangan bahawa pemimpin kami sangat perhatian terhadap syariat islam walaupun dalam keadaan dan keadaan apapun.








Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al Saud meninggalkan obama untuk solat Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al Saud meninggalkan obama untuk solat Reviewed by Unknown on 12:51 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.