Stand by Me Doraemon


Doraemon salah satu filem animasi Jepun yang paling diminati di Malaysia.  Animasi drama ini beralih ke filem bertajuk Stand By Me Doraemon. Filem ini salah satu adaptasi manga karangan Fujiko F. Fujio. Walaupun telah lama tayang di Jepun, namun filem ini masih belum dipertontonkan di Malaysia. Tayangan ini dijangka 31 Januari 2015 – 3 Februari 2015 di MBO Cinemas Malaysia.



Mengikut pratonton  dari laman web YouTube,tontonan ini mengambil masa satu jam setengah dan terdapat juga substitle Bahasa Indonesia dan Malaysia.  Berkemungkinan semsa tontonan format teks itu juga akan dipakai di pawagam nanti.
Stand By Me Doraemon sudah tayangkan  sejak 8 Ogos 2014 lalu di Jepun dan menjadi filem CG 3D pertama Doraemon yang mempunyai  pengcahayaan warna lebih menarik dari filem-filem animasi Doraemon sebelumnya.



Melalui trailer yang telah ada, `Stand By Me Doraemon` dianggap bakal menjadi filem terakhir robot kucing biru (Doraemon) bersama kawan-kawannya.`Stand By Me Doraemon` menyaksikan pelbagai adegan-adegan  yang diambil dari episod-episod siri televisyen anime Doraemon. Shizuka menjadi salah satu karakter penting bagi filem ini. File mini juga bakal menyaksikan bagaimana Nobita bersatu dengan Shizuka sebagai sepasang suami-isteri.
Isu perkahwinannnya telah selesai, namun perpisahan Nobita dengan Doraemon seolah menjadi pengorbanan besar bagi Nobita demi meraih masa depan yang diidamkan.
Preview filem di web facebook doraemon Malaysia https://www.facebook.com/DoraemonMY.



Stand by Me Doraemon Stand by Me Doraemon Reviewed by Unknown on 10:48 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.