PIALA FA 2015 | PAHANG VS JDT


Perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) vs Pahang akan berlangsung pada 2hb Mac 2015 bertempat di Stadium Darul Makmur jam 8.45 malam ini. Rakyat johor khususnya menaruh harapan tinggi kepada setiap pemain JDT agar memberikan komitment dan berusaha sepenuhnya bagi memperoleh kemenangan. Berikut adalah beberapa kenyataan dan harapan TMJ di atas perlawanan ini.

DYAM Tunku Mahkota Johor :
Pada pandangan saya, perlawanan malam ini adalah yang paling sukar bagi pihak kita, kerana kita bukannya melawan pasukan biasa, kita akan melawan juara bertahan dan juga paling utama melawan sistem sedia ada. Ianya diibaratkan seperti Parti Pembangkang nak menentang Parti Pentadbiran.

Saya berharap pengadil akan bersikap profesional dan adil pada malam ini serta berharap agar penyokong dari kedua belah pasukan tidak terlalu mengikut emosi.
Walau apapun, pertembungan di antara pasukan JDT dan Pahang adalah sihat kerana ia merancakkan lagi sukan bola sepak tanahair.
Ucapan selamat berjaya kepada pasukan JDT dan Pahang.
** Jangan salah tafsir mengenai kenyataan "ibarat parti pembangkang melawan parti pentadbiran". Ini satu kenyataan umum yang boleh ditujukan dimana-mana dan bukan ditujukan kepada senario politik tempatan sahaja. Maksud tersiratnya "bukan senang untuk orang kerdil menentang orang yang dah lama bertapak".
Moga 'LUASKAN KUASAMU JOHOR'....
Kredit : Johor Southern Tigers FB




Tiada LIVE bagi perlawanan ini.




PIALA FA 2015 | PAHANG VS JDT PIALA FA 2015 | PAHANG VS JDT Reviewed by Unknown on 16:09 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.