Bayi perempuan 2 kepala dilahirkan di Indonesia

INDONESIA: Bayi kembar siam perempuan dilahirkan di Indonesia.

Bayi itu dilahirkan dengan dua kepala namun hanya satu badan, sepasang tangan dan kaki.
Bayi itu dilahirkan pada Selasa (9 Ogos) di sebuah hospital di Gresik yang terletak di wilayah Jawa Timur, menurut laporan laman Liputan 6.

Bayi tersebut kini diletakkan di dalam inkubator di bawah jagaan para jururawat di Hospital Besar Ibnu Sina.

Bayi berkenaan seberat 4.2 kilogram dan disahkan mengalami Parapagus, iaitu jenis kembar siam di mana terdapat dua kepala, dua leher bersebelahan antara satu sama lain namun hanya satu badan.

Sri Wahyuni, ibu bayi tersebut, masih belum boleh mengulas kerana masih terkejut mendapat tahu bayinya dilahirkan dengan dua kepala.

“Saya sendiri gembira bercampur terkejut, apabila diberitahu oleh doktor bahawa bayi yang dilahirkan isteri adalah bayi perempuan, tapi dengan dua kepala,” kata Dianto, bapa bayi itu.
“Semoga saja bayi perempuan kami akan baik-baik saja dan dapat membesar seperti bayi-bayi yang lain. Sehingga kini, kami masih menunggu arahan lebih lanjut daripada pasukan doktor yang ada di hospital ini,” tambah beliau seperti yang ditukil laman Kompas.

Bayi itu juga disahkan mengalami kegagalan pernafasan sebaik sahaja dilahirkan dan menggunakan mesin jantung dan pernafasan sedang doktor dan para jururawat memantau keadaannya.

Keadaan bayi itu berbeza berbanding bayi lain yang dilahirkan bercantum memandangkan beliau hanya mempunyai satu set organ dalam tubuhnya.
Disebabkan terdapat hanya satu jantung, maka ia mustahil untuk memisahkan dan menyelamatkan kedua-duanya, menurut laman Daily Mail.

Sumber http://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/bayi-perempuan-2-kepala/3032926.html
Bayi perempuan 2 kepala dilahirkan di Indonesia Bayi perempuan 2 kepala dilahirkan di Indonesia Reviewed by Unknown on 14:10 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.