Dakwaan Merisik Zahirah Di Australia Dinafikan Oleh Zul Ariffin?



"Saya ke sana atas urusan lain dan kebetulan berjumpa dengan keluarga Zahirah. Saya turut bertemu dengan produksi tempatan yang sedang menjalankan penggambaran,"


Demikian penjelasan pelakon tempatan yang dikenali menerusi drama Rindu Wak 200%, Zul Ariffin berhubung dakwaan beliau merisik teman wanitanya Zahirah Macwilson ketika berkunjung ke Australia baru-baru ini.


Tegas beliau, lawatan ke Australia, adalah untuk meninjau peluang perniagaan termasuk membuka kafe dan kakak serta abangnya pun turut ikut bersama.


Apabila ditanya samada masih bersama Zahirah, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya menjawab tiada sebarang perbincangan mengenai hala tuju hubungan mereka berdua.


sumber info: www.bharian.com.my
Dakwaan Merisik Zahirah Di Australia Dinafikan Oleh Zul Ariffin? Dakwaan Merisik Zahirah Di Australia Dinafikan Oleh Zul Ariffin? Reviewed by Unknown on 10:41 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.