Pemenang Pingat Emas Akan Dihadiahkan Proton Perdana 2.0L
Bagi menghargai prestasi cemerlang yang ditunjukan oleh para
atlet negara di Sukan Olimpik Rio De Janerio, DRB-Hicom dan Proton Holdings
bekerjasama untuk menghadiah sebuah kereta proton kepada semua atlet yang
berjaya memenangi pingat untuk negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Proton Holding, berlainan
pingat yang diterima atlet akan dihadiahkan jenis kereta proton yang
berbeza.
Ganjaran Proton Perdana 2.0L kepada pemenang pingat emas
Olimpik di Rio de Janeiro.
Atlet yang membawa pulang pingat perak akan menerima Suprima
S dan Proton Iriz akan diberikan kepada pemenang pingat gangsa.
Menurut Proton Holding, mereka amat bangga dengan atlet
negara, sekembali mereka ke tanah air, Proton akan menyerahkan ganjaran itu
kepada mereka semua.
Setakat ini, Malaysia telah memenangi 3 pingat perak dan 1
pingat gangsa menerusi acara berbasikal, badminton dan terjun.
Sumber : BERNAMA
Pemenang Pingat Emas Akan Dihadiahkan Proton Perdana 2.0L
Reviewed by Unknown
on
16:37
Rating:
No comments:
Post a Comment