Mengejutkan!! Kucing beri bantuan seorang lelaki yang tersesat arah di pergunungan Switzerland, bijak bagaimana kucing ini melakukannya? Siapa sebenarnya kucing ini?





Di SWITZERLAND seorang lelaki yang tersesat jalan semasa meneroka kawasan pergunungan di Switzerland tidak menyangka beliau akan ‘terhutang budi’ dengan seekor kucing.


Ini kerana hasil ‘bimbingan’ si comel berbulu hitam dan putih itu, lelaki warga Hungary tersebut berjaya kembali ke asrama tempat beliau menginap, menurut laman Daily Mail.
Menceritakan kisah luar biasanya di laman Reddit, lelaki itu berkata beliau tersesat jalan di kawasan pergunungan di kampung kecil Gimmelwald, apabila terserempak dengan kucing yang manja itu di tepi bukit.

 Saya memeriksa peta saya untuk melihat bagaimana saya dapat kembali ke asrama itu, dan satu-satunya caranya ialah menerusi satu laluan yang sudah ditutup.
“Di situlah saya berjumpa dengan kucing yang cantik itu, yang melihat saya semasa saya sedang makan snek dan berehat memandangkan buku lali saya terseliuh. Sebaik sahaja saya bangun, kucing itu mula membimbing saya ke sebuah laluan,” tulis pengguna Reddit yang menggunakan nama sc4s2cg itu.



KUCING ASYIK MEMANDANG BELIAU, MEMINTA BELIAU EKORINYA
Malah, katanya lagi, kucing yang manja itu asyik memandang ke arah beliau dan merenungnya seolah-olah meminta beliau mengekorinya, menurut laman Daily Mail. Dengan bantuan kucing tersebut, beliau berjaya turun ke lembah gunung dan kembali ke asramanya.

 Menurut Daily Mail, pelancong lain yang turut mengunjungi kawasan yang sama mengongsi gambar dan kisah mereka dengan kucing yang sama.
Kucing itu sebenarnya milik pasangan yang mengendalikan sebuah asrama berhampiran kawasan itu dan kerap berjalan bersama-sama para pelancong di kawasan tepi gunung.

Mengejutkan!! Kucing beri bantuan seorang lelaki yang tersesat arah di pergunungan Switzerland, bijak bagaimana kucing ini melakukannya? Siapa sebenarnya kucing ini? Mengejutkan!! Kucing beri bantuan seorang lelaki yang tersesat arah di pergunungan Switzerland, bijak bagaimana kucing ini melakukannya? Siapa sebenarnya kucing ini? Reviewed by ZULKARNAIN on 11:07 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.