Mengejutkan!!....Lelaki ini sanggup menyumbab rokok ke dalam HIDUNG, kenapa lelaki ini bertindak sedemikan??
Seorang lelaki dirakam menyumbat rokok yang dinyalakan di
dalam mulut dan hidungnya sebelum mengunyah semuanya.
Video pelik yang dirakam di China itu menyaksikan lelaki itu
memasukkan kira-kira 10 rokok ke dalam satu lubang hidung dan 14 di dalam yang
kedua selain 18 di dalam mulutnya.
Rakaman penagih nikotin itu dirakamkan di Baishan di wilayah
Jilin, awal bulan lalu.
sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/
Selepas menyumbat semua rokok itu ke dalam mulut dan
hidungnya, lelaki yang dipercayai berusia 20-an itu mengeluarkan semuanya dan
menggenggamnya sebelum mengunyahnya.
Tabiat itu bukan saja berbahaya, malah pasti mahal
memandangkan harga rokok yang tinggi.
Penjualan rokok di China menurun sedikit sejak tahun lalu
selepas cukainya dinaikkan dalam usaha mengekang tabiat yang membawa kesan
kesihatan teruk, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Kajian baru-baru ini menunjukkan dua pertiga lelaki muda
bawah usia 20 tahun yang mati di China tahun lalu disebabkan tabiat merokok.
Mengejutkan!!....Lelaki ini sanggup menyumbab rokok ke dalam HIDUNG, kenapa lelaki ini bertindak sedemikan??
Reviewed by Unknown
on
10:08
Rating:
No comments:
Post a Comment