TERKINI!! Pelakon Aidil Aziz ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berjadual...
Pelakon Aidil Aziz ditahan kerana disyaki memiliki
dadah dan senjata berjadual.
Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz, 28.
ditahan bersama dua lagi suspek di sebuah kediaman di Jalan Ampang pada jam
12.40 tengahari, Ahad dan telah dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Daerah Wangsa Maju untuk siasatan.
Menerusi salinan laporan polis yang diterima Astro Gempak,
ketika serbuan pasukan risikan telah merampas beberapa pokok yang ditanam
dalam pasu dan dedaun kering dalam bekas kaca yang disyaki ganja serta satu
bekas pengisar mengandungi dedaun kering disyaki daun ganja.
Selain itu turut ditemui lampu spotlight, baja, penyembur
air, biji benih pokok ganja, tujuh bilah pedang samurai, 21 bilah pisau, tiga
buku lima, empat pucuk pistol angin, dua laras senapang angin, sebilah kapak
dan sehelai vest Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM25,000 dan kes telah
diklasifikasikan di bawah Seksyen 6B AKta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen
39B ADB 1952, Seksyen 4 Akta Senjatapi 1960, Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan
Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357).
Dua suspek yang ditangkap bersama Aidil ialah seorang
penganggur Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36 dan pekerja pengurusan IT
warganegara Fillipina, R. Guevara Cortez, 33.
TERKINI!! Pelakon Aidil Aziz ditahan kerana disyaki memiliki dadah dan senjata berjadual...
Reviewed by Unknown
on
08:21
Rating:
No comments:
Post a Comment