Bajet 2017...Apa yang baik untuk Penjawat Awam??
Berikut intipati apa yang baik untuk penjawat awam..
1. Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa.
2. Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit & perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.
3. Kemudahan pembiayaan untuk membeli komputer diperluaskan meliputi pembelian smartphone. Had pinjaman sehingga RM5k setiap 3 tahun.
4. Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan drpd RM5k kpd RM10k.
5. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan drpd serendah2 RM120k kpd RM200k, pinjaman paling tinggi drpd RM600k kpd RM750k.
6. Sebanyak 30k unit lg Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dgn harga jualan antara RM90k hingga ke RM300k.
7. Pegawai contract of service & contract for service yg akan tamat pnghujung tahun ini, kerajaan akan melanjutkannya kira-kira setahun lagi.
8. Satu lapisan gred baru, gred 56 antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bg pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar.
9. Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan,pergigian & farmasi selewat2 Disember 2016.
Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275j diperuntukkan seperti berikut :-
Pertama: Memperluaskan Prog MySuria dgn RM45j. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600rumah. Peserta program akan terima RM250 sebulan
Kedua: Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan RM30juta, yang mensasarkan 3k peserta bermotosikal
Ketiga: Melaksanakan program Agropreneur dgn RM100j bagi melahirkan 3k usahawan tani muda dalam pengeluaran hasil tani bernilai tinggi
Keempat: Menggiatkan program eUsahawan & eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu peserta dengan peruntukan RM100j
Bajet 2017...Apa yang baik untuk Penjawat Awam??
Reviewed by Unknown
on
20:40
Rating:
No comments:
Post a Comment