INI SEBAB-SEBAB MENGAPA ANDA DILARANG SHARE PROBLEM DI FACEBOOK...

Ini adalah sebab-sebab anda dilarang share problem di FB :-


Kita ni manusia. Selalunya kita cakap dlm hati rasa power, rasa boleh buat tapi hakikatnya, dalaman kita lemah. Bila dikritik orang kita cepat terasa. Bila susah, kita mengeluh. Bila gagal, kita down.

Masalahnya ketika kita bermasalah, ramai yg jadikan fb sebagai tempat mereka mengadu & mengeluh. Boss marah, di fb-lah tempat kita mencurahkan segalanya. Dikritik orang lain, di fb-lah tempat kita mencari simpati.

Please, jangan buat lagi benda ni kerana masalah anda takkan selesai. Kita sedang adukan masalah kita di 'channel' yg salah.

Sebab di channel ini, ramai orang/ friend yg bersikap 'khonnas'.
Pernah dengar perkataan ini?

Ya, dlm surah An-Naas yg anda selalu baca tu. Tuhan kata, ada orang berperangai khonnas, suka menambahkan was-was (perisa) agar mereka yg dirundung masalah lebih bertambah masalahnya.
Orang begini, depan kita dia 'like', belakang kita dia 'padan muka'. Apa yg kita share dia jadikan senjata utk jatuhkan kita. Jika diberi nasihat, bukan bermanfaat sangat pun sebab nasihatnya ada udang disebalik batu.

Sebab tu Tuhan suruh kita baca Surah An-Naas berkali-kali. Dlm surah itu Tuhan share FORMULA utk kita keep calm saat seribu masalah depan mata.

Apa formulanya?
---> mengadulah kpd tempat yg tepat. Mengadu kepada Dia. Tuhan kita ni, ada 3 keupayaan. Dia boleh :
- Robb : 'pemper' kita saat sedang sedih teruk
- Malik : Dia ada kuasa, power utk atasi apa jua problem kita
- Ilah : Taatinya, nanti Dia bagi benda 'best', gantikan masalah itu.

So bila bermasalah jgn share kat fb, share dgn Tuhan di 'FB'Nya - solat. Tundukkan diri. Mengadu kepadaNya. Ajar diri untuk yakin, Dia boleh control bumi, Dia juga boleh control hidup kita, halakan ke arah orbit 'happy ending'.

Share poin ini dengan kenkawan utk bantu sama-sama sedarkan kita semua agar kembali kepada sumber yg tepat (Allah Ta'ala) saat dilanda musibah.
Kita sama-sama luruskan semula ikrar : 'iyyaka nakbudu wa iyyaka nastain'.
Begitulah fungsi Al-Quran.

Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz 
https://www.facebook.com/UstazAsraff
INI SEBAB-SEBAB MENGAPA ANDA DILARANG SHARE PROBLEM DI FACEBOOK... INI SEBAB-SEBAB MENGAPA ANDA DILARANG SHARE PROBLEM DI FACEBOOK... Reviewed by Unknown on 09:49 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.