Logan Kucing Gergasi Yang Berwajah Serius Tapi Bersifat Selamba

Ct Post melaporkan terdapat seekor kucing berbadan besar kelihatan berkeliaran dengan bebas atas meja di sebuah hotel peranginan yang bertempat di Waterville Valley, New Hampshire baru-baru ini.

Kucing gergasi tersebut bernama Logan, seberat 31 paun atau 14kg, saiznya tiga kali ganda lebih besar daripada kucing biasa.

Susan dan Tor mengambil Logan sebagai haiwan peliharaannya daripada pusat penjagaan haiwan jalanan di Meridith, New Hampshire pada enam tahun lalu.

Logan dikatakan semasa tiba hanya bersaiz normal seperti kucing yang lain tetapi kemudian saiz badannya menjadi semakin membesar akibat sering mencuri makan makanan dua kucing peliharaan yang lain pasangan suami isteri tersebut.



Selain itu dia juga sering masuk ke bilik simpan barangan untuk mencari makan.

Wajahnya yang serius tapi kelihatan selamba itu menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata 'jatuh cinta' ke atas si comel tembang ini.

Tetamu yang mengunjung ke hotel tersebut, rata-rata sangat menyayanyi Logan sehingga terdapat pengunjung yang memuat naik aksi slambar Logan di video facebook.

Sumber : CARI





Logan Kucing Gergasi Yang Berwajah Serius Tapi Bersifat Selamba Logan Kucing Gergasi Yang Berwajah Serius Tapi Bersifat Selamba Reviewed by Unknown on 09:01 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.