Ringgit Jatuh Lagi...RM 3.06 = 1.00 dolar Singapura
BERITAMediacorp: Cuti sekolah Singapura sudahpun bermula, dan matawang dolar Singapura terus mengukuh berbanding ringgit Malaysia.
Ini apabila ringgit ditutup di paras 3.06 dalam sesi dagangan petang tadi (14 Nov).
Jumaat lalu, ringgit ditutup pada kadar 3.04 berbanding sedolar Singapura.
Paras 3.06 sekarang ini, ia dianggap kadar yang cukup menarik untuk pelancong Singapura menukar kepada matawang ringgit, jika mereka bakal melancong ke Malaysia.
Minggu lalu, ringgit mencecah parasnya yang paling rendah dalam tempoh setahun, apabila ia diperdagangkan pada kadar 3.11.
RM TERUS RENDAH BERBANDING $AS
Ringgit juga ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika hari ini, diseret turun oleh jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank Federal Amerika minggu depan, menurut sebahagian peniaga matawang.
Pada jam 6.00 petang tadi, ringgit diniagakan pada kadar 4.325/335 bagi setiap dolar Amerika, berbanding kadar 4.280/290 pada Jumaat lalu.
Ringgit kini menjunam kepada parasnya yang terendah dalam tempoh lebih 12 tahun menyusuli kebimbangan mengenai pentadbiran presiden Trump mempunyai kesan negatif ke atas perdagangan di seluruh Asia.
- BERITAMediacorp/ru
Ringgit Jatuh Lagi...RM 3.06 = 1.00 dolar Singapura
Reviewed by Unknown
on
21:45
Rating:
No comments:
Post a Comment