Pendapatan Kuih Keria Antarabangsa 40,000 x 60sen = Wow!!, Terhad 20 biji seorang...
MELAKA, 26 Dis — Demi memastikan semua pelanggan dapat
merasai Kuih Keria Antarabangsa Hajah Rahmah di Kampung Limbongan, pengusahanya
terpaksa mengehadkan 20 biji pembelian setiap seorang.
“Keadaan memang bertali arus malah kami terpaksa meletakkan
had pembelian iaitu 20 biji setiap seorang dan memujuk mereka tidak berpeluang
membeli untuk pulang,” kata pemiliknya Rahmah Dollah seperti dilapor Kosmo!.
Sejak viral di media sosial baru-baru ini, gerai kuih keria
yang terletak di kedai Jalil Tompang di Jalan Kelebang terkenal sehingga luar
daerah dan laris dijual lebih 40,000 biji setiap hari.
Ditambah dengan musim cuti sekolah, pelanggan sanggup
beratur lebih dua jam untuk merasa keenakan kuih yang diperbuat daripada ubi
keledek dan disira dengan gula melaka.
“Pelanggan mula beratur sendiri seawal jam 9 pagi dan
terpaksa menunggu kira-kira dua jam sehingga kuih mula dijual pada pukul 11
pagi,” kata warga emas berusia 70 tahun itu.
Dijual dengan harga 60 sen sebiji, gerai dibuka bermula
pukul 11 pagi sehingga habis stok dan tutup pada setiap Jumaat dengan bantuan
lima pekerja.
Menarik hampir 2,000 pelanggan setiap hari, ada yang sanggup
datang jauh dari Kedah dan beratur hingga tiga jam.
“Saya sekeluarga datang jauh dari Kedah dan alang-alang
sudah berada di sini, sudah pasti kami ingin merasai keenakan kuih keria ini
walaupun terpaksa menunggu tiga jam.
“Jika tidak beli kuih ini, perjalanan kami ke negeri ini
seperti tidak lengkap,” kata Mohd Shuhaimy Shafie, 38, dilapor akhbar itu lagi.
Sumber : themalayonline
MELAKA,
26 Dis — Demi memastikan semua pelanggan dapat merasai Kuih Keria
Antarabangsa Hajah Rahmah di Kampung Limbongan, pengusahanya terpaksa
mengehadkan 20 biji pembelian setiap seorang.
“Keadaan memang bertali arus malah kami terpaksa meletakkan had pembelian iaitu 20 biji setiap seorang dan memujuk mereka tidak berpeluang membeli untuk pulang,” kata pemiliknya Rahmah Dollah seperti dilapor Kosmo!.
Sejak viral di media sosial baru-baru ini, gerai kuih keria yang terletak di kedai Jalil Tompang di Jalan Kelebang terkenal sehingga luar daerah dan laris dijual lebih 40,000 biji setiap hari.
Ditambah dengan musim cuti sekolah, pelanggan sanggup beratur lebih dua jam untuk merasa keenakan kuih yang diperbuat daripada ubi keledek dan disira dengan gula melaka.
“Pelanggan mula beratur sendiri seawal jam 9 pagi dan terpaksa menunggu kira-kira dua jam sehingga kuih mula dijual pada pukul 11 pagi,” kata warga emas berusia 70 tahun itu.
Dijual dengan harga 60 sen sebiji, gerai dibuka bermula pukul 11 pagi sehingga habis stok dan tutup pada setiap Jumaat dengan bantuan lima pekerja.
Menarik hampir 2,000 pelanggan setiap hari, ada yang sanggup datang jauh dari Kedah dan beratur hingga tiga jam.
“Saya sekeluarga datang jauh dari Kedah dan alang-alang sudah berada di sini, sudah pasti kami ingin merasai keenakan kuih keria ini walaupun terpaksa menunggu tiga jam.
“Jika tidak beli kuih ini, perjalanan kami ke negeri ini seperti tidak lengkap,” kata Mohd Shuhaimy Shafie, 38, dilapor akhbar itu lagi.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/gerai-kuih-keria-sedap-diserbu-pembelian-terhad-20-biji-seorang#sthash.nJxeS1iC.dpuf

Reviewed by Unknown
on
12:19
Rating:
No comments:
Post a Comment