PELIK!! 18 tahun GUNTING dalam perut...
Hanoi: Seorang lelaki Vietnam selama ini tidak menyedari
hidup dengan gunting yang tertinggal di dalam perutnya ketika satu pembedahan
18 tahun lalu sebelum akhirnya dikeluarkan, baru-baru ini.
Ma Van Nhat, 54, menjalani pembedahan pada 1998 selepas satu
kemalangan kereta namun hanya baru-baru ini menyedari ada ‘hadiah’ tertinggal
di dalam perutnya ketika prosedur berkenaan.
Gunting berukuran 15 sentimeter itu ditemui berhampiran usus
besarnya selepas melakukan ujian ultrabunyi.
Sehubungan itu, Ma menjalani pembedahan selama tiga jam
hujung minggu lalu untuk mengeluarkan gunting berkenaan, kata ketua hal ehwal
awam Hospital Gang Thep Thai Nguyen, Ngo Trung Thang.
Sumber : HMetro
PELIK!! 18 tahun GUNTING dalam perut...
Reviewed by Unknown
on
10:48
Rating:
No comments:
Post a Comment