Ini 5 video Hari Raya 2017 menyentuh hati, penuh makna...
Setiap kali menjelang Aidilfitri, lelaman media sosial
tidak sunyi daripada pelbagai klip video atau iklan khas Hari Raya. Ada yang sedih dan ada yang lucu mencuit hati.
Lazimnya, klip-klip video atau iklan sedemikian cuba
menyuntik sikap kekeluargaan, saling bermaaf-maafan dan muhibah antara sesama
manusia.
Tahun ini, beberapa klip video atau iklan Hari Raya mencuri
perhatian.
Berikut adalah lima video Hari Raya 2017 yang menarik sejauh
ini:
DIARI RAMADAN OPAH
Iklan ini mengisahkan tentang seorang nenek yang merindui
kehadiran anak-anak dan cucunya sempena Hari Raya. Semasa di kampung, cucu nenek yang mesra dipanggil opah ini
menjumpai diari beliau.
Catatan-catatan opah tentang kenangan bersama anak-anak
semasa mereka masih kecil dan kerinduannya kepada mereka membuatkan
anak-anaknya sedar betapa kurangnya masa yang diluangkan bersama.
KISAH BENAR ADLI & LUQMAN: DARI HATI AYAH
Video ini menunjukkan betapa besar pengorbanan seorang ayah,
Adli, demi melindungi dan memberikan yang terbaik buat anaknya yang mengalami
Austisme.
Meskipun beliau sedar tentang keadaan anaknya, Luqman,
sebagai ayah beliau berjanji untuk memberikan yang terbaik.
Setelah sekian lama menempuhi kesukaran dan keletihan
menguruskan anak Austisme, Adli mendapat inspirasi berhenti kerja sekaligus
membahagiakan anaknya.
MULAKAN DENGAN YANG BARU
Iklan ini mengajar kita supaya meluangkan masa bersama
insan-insan tersayang.
Kebanyakan kita begitu sibuk dengan urusan masing-masing
sehingga tidak ada masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, kita
diajak supaya melupakan seketika kesibukan urusan lain dan luangkan masa
berharga bersama-sama keluarga.
SOALAN MAUT HARI RAYA
Klip video ini mungkin lucu tetapi penuh bermakna.
Pasti ramai yang pernah melalui pengalaman dilemparkan
dengan bertubi-tubi soalan seperti dalam video ini setiap kali berkunjung ke
rumah sanak-saudara pada Hari Raya.
"Bila nak kahwin? Anak Berapa? Bila nak tambah
anak?" Tonton kesudahan video ini...
Sumber : MediaCorp
Ini 5 video Hari Raya 2017 menyentuh hati, penuh makna...
Reviewed by mr.onn
on
11:45
Rating:
No comments:
Post a Comment