Makanan Laut Pulihkan Luka



Namun tidak semua individu berpeluang merasai kelazatannya. Ada segelintir mereka akan diserang gatal sebaik sahaja menelannya walaupun cuma sedikit. Malah ada juga yang mengalami bengkak kerana menjamahnya. Tidak dapat dinafikan bahawa makanan laut seperti udang dan ketam acap kali dikaitkan dengan alahan. Walau apapun cerita yang dikhabarkan orang, makanan laut tetap ada peminat setianya.

Terdapat beraneka jenis makanan laut. Antaranya termasuk kerang, tiram, kupang, sotong dan ketam. Masing-masing menampilkan rasa dan ciri tersendiri. Selain itu, ikan juga turut dikategorikan sebagai makanan laut. Ini termasuk ikan tuna, bawal dan senangin.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang terpukau dengan rasanya yang sedap. Namun tidak dapat tidak, kandungan yang ada padanya perlu diambil tahu. Sesuai dengan keenakannya, makanan laut yang segar merupakan protein yang bagus. Protein banyak terdapat khususnya di dalam ikan. Selain itu, makanan laut turut membekalkan vitamin kepada pengambilannya. Vitamin A dan D didapati dengan mudah di dalam minyak dan lemak ikan. Vitamin B komples yang penting untuk metabolisma. Di samping itu, makanan laut turut membekalkan vitamin C.

Makanan laut mengandungi banyak mineral. Iodin yang melengkapinya memainkan peranan penting untuk membolehkan kelenjar tiroid berfungsi dengan baik. Malah ia sedikit sebanyak turut membantu pembetukan sel darah merah dalam tubuh. Zink juga ada pada makanan laut. Ia merupakan komponen yang diperlukan bagi menyembuhkan luka. Makanan laut seperti tiram, kepah dan kapis merupakan antara sumber zat besi dan zink yang baik.

Kandungan makanan laut tidak hanya terhad setakat itu. Selain iodin, ia juga membekalkan potasium, fosforus dan selenium. Makanan laut yang segara turut memiliki kandungan sodium yang rendah. Ini menjadikan ia sebagai pilihan terbaik bagi individu yang ingin menghadkan pengambilan sodium dalam makanan.

Walaup bagaimanapun, makanan laut selain ikan sebenarnya begitu kaya dengan kolestrol. Udang merupakan antara makanan laut yang menyumbang jumlah kolestrol paling tinggi khususnya pada bahagian kepalanya. Sebaik-baiknya kulitnya dibuang terlebih dahulu dan cuma menjamah bahagian isinya sahaja. Sebagaimana udang, kepala dan isi peut ikan bilis juga harus dibuang  kerana kandungan kolestrol yang tinggi.

Selain udang, kerang juga turut tinggi kolestrol. Dakwaaan bahawa banyak kerang berupaya meningkatkan datah dalam tubuh pesakit anemia ada benarnya. Namun jika diambil berlebihan, paras kolestrol turut meningkat seiring dengan penambahan darah. Oleh itu selain mengambil kerang, pengambilan sayur hijau seperti bayam juga penting.

Mengambil makanan laut sesekali tentunya tidak mengundang masalah. Namun jika diambil saban hari, ini akan menggalakkan kepada pengumpulan kolestrol yang berlebihan. Namun, tidak seperti makanan laut ikan, ikan pula mempunyai kadar kolestrol yang agak rendah. Oleh itu pengambilannya setiap hari tidak meninggalkan impak kepada individu. Meskipun begitu, perlu diingatkan bawaha walaupun kolestrol boleh membawa masalah, tetapi ia tetap diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun, makanan laut mempunyai kandungan lemak yang rendah.

Menurut pakar pemakanan, individu yang berhadapan dengan masalah kolestrol tidak digalakkan mengambilnya begitu kerap. Dua kali dalam tempoh sebulan sudah memadai. Ini bergantung kepada tahap kolestrol yang dialaminya. Individu yang bebas daripada masalah kolestrol boleh mengambilnya sekali dalam seminggu.

Meskipun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa penyediaan makanan laut perlu dipelbagaikan, Lebih penting lagi masakan tidak hanya terhad menggunakan santan ataupun digoreng menggunakan minyak. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan. Antaranya seperti kukus, rebus dan panggang. Walau apapun cara yang dipilih. keenakannya tentu tidak lari.
Makanan Laut Pulihkan Luka Makanan Laut Pulihkan Luka Reviewed by Unknown on 23:48 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.