Rasullah SAW Melarang Memukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis

Rasulullah SAW bersabda : Janganlah kamu memukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi SAW dan pada empat bulan seterusnya pula ia mendoakan kedua ayah dan ibunya. (H.R Abdullah Ibnu Umar r.a).

Baginda Rasullah SAW menjelaskan bahawa tangisan anak diwaktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterusnya ia memohon istighfar untuk kedua ayah ibunya.

Rasulullah SAW bersabda : Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang dilakukannya daripada kebaikan maka dituliskannya daripada kebaikan maka dituliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang dilakukannya daripada kejahatan maka tiadalah ditulis untuknya serta tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang ditulis itu dia diatasnya iaitu segala amal baik atau buruknya. (H.R Imam Anas bin Malik r.a).

Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka ia beroleh pahala walaupun sudah tiada" (HR Muslim)
Rasullah SAW Melarang Memukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis Rasullah SAW Melarang Memukul Anak Kecil Yang Sedang Menangis Reviewed by Unknown on 09:26 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.