"SIM Card" Khusus WhatsApp Boleh diguna di Malaysia

Bagi pengguna telefon bimbit yang ingin selalu berhubung melalui WhatsApp semasa dalam perjalanan ke berbagai negara, kini ada penyelesaian bijak tanpa perlu menggantikan kad SIM.

Sebuah syarikat dari Itali membuat kad SIM khas yang diberi nama WhatSim. Kad tersebut didakwa boleh digunakan di 150 negara dan boleh berhubung dengan lebih daripada 400 operator syarikat telekomunikasi.

Menurut laman web rasmi WhatSim, Malaysia juga antara beberapa buah negara yang boleh dilayani oleh kad SIM pintar ini.

Kad WhatSim membolehkan pengguna WhatsApp berhubung di mana saja dengan membayar yuran langganan sebanyak 15.5 dollar setahun.

Oleh itu, pengguna WhatSim tidak perlu mengantikan kad SIM, mencari Wi-Fi, atau mengaktifkan pakej data yang mahal semasa dalam perjalanan ke luar negeri.

Namun, kad SIM tersebut tidak boleh digunakan untuk menelefon atau mengirim SMS. WhatSim juga mempunyai kos tambahan jika pengguna ingin menghantar foto, video, atau berkongsi lokasi.

Kad WhatSim boleh dibeli melalui laman web rasmi mereka di URL www.whatsim.com/en.

WhatSim mendakwa kad SIM mereka boleh dipasang di semua jenis telefon bimbit unlocked dan hadir dalam pelbagai saiz, seperti nano, micro, dan saiz kad SIM standard.


Sumber : WhatSim

"SIM Card" Khusus WhatsApp Boleh diguna di Malaysia "SIM Card" Khusus WhatsApp Boleh diguna di Malaysia Reviewed by Unknown on 11:31 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.