Berkuatkuasa 2017, pemegang kad kredit wajib guna nombor pin, elak ditipu!!!

 Mulai tahun hadapan, semua pemegang kad kredit diwajib memasukkan nombor pin keselamatan sebelum sesuatu transaksi boleh dilakukan berbanding penggunaan tandatangan pada masa kini.

Langkah itu bagi mengatasi penyelewengan kad kredit yang kini mencatatkan kerugian antara RM30 hingga RM40 juta setahun atau 0.03 sehingga 0.04 peratus daripada nilai transaksi setahun.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, penggunaan nombor pin keselamatan untuk setiap transaksi kad kredit merupakan langkah diambil kerajaan bagi menambah baik sistem keselamatan kad berkenaan.

“Walaupun peratusan penipuan ked kredit di negara ini kecil iaitu antara 0.03 hingga 0.04 peratus, nilainya tinggi iaitu RM30 juta hingga RM40 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tee Yong, pihak kerajaan berpuas hati dengan tahap keselamatan perbankan Internet yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sudah dinaik taraf.

“Bagaimanapun kita perlu menambah baik lagi sistem keselamatan transaksi kad kredit di premis-premis perniagaan bagi mengelak penyelewengan.

“Ini disebabkan sistem keselamatan sedia ada agak lemah kerana kebanyakan peniaga tidak membandingkan tandatangan pada resit dengan yang tertera pada kad kredit,” katanya
Berkuatkuasa 2017, pemegang kad kredit wajib guna nombor pin, elak ditipu!!! Berkuatkuasa 2017, pemegang kad kredit wajib guna nombor pin, elak ditipu!!! Reviewed by Unknown on 09:30 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.