Mengejutkan!! ...Nelayan Filipina Terjumpa Mutiara Paling TERBESAR Di Dunia



Tanpa disangka-sangkakan, seorang nelayan miskin yang berasal dari Kepulanan Pahlawan, Filipina terjumpa sebuah mutiara gergasi. 


Difahamkan, ianya bukan sahaja terbesar di dunia malah nilainya juga mencecah lebih AS$100 juta dolar (RM402 juta).

Daily Mail melaporkan, nilai mutiara tersebut hanya diketahui selepas nelayan yang tidak dikenali itu membawa objek terbabit kepada kepada pihak berkuasa untuk diperiksa, baru-baru ini.

Dengan berat 34 kilogram, mutiara itu dianggap paling besar yang pernah ditemui oleh manusia setakat ini.

Menariknya, permata jenis sama pernah direkod sebelum ini iaitu Mutiara Lao Tze de-ngan berat 6.4 kilogram dan bernilai AS$35 juta (RM141 juta) turut dijumpai di perairan Pa-lawan pada tahun 1939 oleh seorang penyelam Amerika Syarikat.-CARI 






sumber info: www.theguardian.com
Mengejutkan!! ...Nelayan Filipina Terjumpa Mutiara Paling TERBESAR Di Dunia Mengejutkan!! ...Nelayan Filipina Terjumpa Mutiara Paling TERBESAR Di Dunia Reviewed by Unknown on 09:37 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.