'Hero Bangladesh' menyelamatkan wanita diragut !!



Kajang: Seorang peragut gagal melarikan diri apabila diberkas ‘hero’ Bangladesh yang menyelamatkan wang hampir RM20,000 milik seorang kerani wanita.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin, mangsa berusia 25 tahun itu baru mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank di Jalan Kajang Perdana di sini, untuk membayar gaji pekerja syarikat.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa yang berada di hadapan pejabatnya dihampiri seorang lelaki sebelum meragut beg tangan dibawa mangsa.

“Mangsa terjatuh namun tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa kerugian RM18,500, telefon pintar dan barangan peribadi.

“Bagaimanapun, anggota unit polis peronda menerima panggilan daripada orang awam yang memberkas seorang peragut 20 minti kemudian,” katanya.
Othman berkata, seorang lelaki berusia 23 tahun berjaya diberkas seorang lelaki warga Bangladesh.

“Lelaki Bangladesh itu kemudian menyerahkan beg tangan diragut suspek kepada polis.
“Seorang lagi suspek berjaya melarikan diri. Penjenayah terbabit kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, polis mengenal pasti identiti suspek yang melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sumber :Hmetro
'Hero Bangladesh' menyelamatkan wanita diragut !! 'Hero Bangladesh' menyelamatkan wanita diragut !! Reviewed by ZULKARNAIN on 14:07 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.