Mengejutkan!!....'Ular' patuk kereta jurujual hingga remuk?
Seekor
daripada sekumpulan 'ular' yang melintas jalan dikatakan 'mematuk'
sebuah kereta yang dipandu seorang jurujual sehingga remuk.
Ular itu kemudiannya lari bersama kumpulannya ke dalam semak di Jalan
Besar Sungai Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.
Besar Sungai Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.
Inilah
laporan yang diterima anggota polis di Balai Polis Ulu Yam Baharu,
Malaysia daripada seorang lelaki berusia 48 tahun pada Khamis (25 Ogos).
Bagaimanapun siasatan polis kemudiannya mendapati ular yang dimaksudkan itu
sebenarnya adalah seekor kuda.
sebenarnya adalah seekor kuda.
"Pengadu
yang merupakan seorang lelaki Cina dan berasal dari Puchong sebenarnya
tidak fasih berbahasa Melayu sehingga kuda disebut ular. Pengadu
sebenarnya diserang sekumpulan kuda yang melintas jalan tersebut," kata
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam kepada Bernama
hari ini (28 Ogos).
Supramaniam berkata seekor
daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu menendang kereta
mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.
Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit.
- Bernama/nk
Mengejutkan!!....'Ular' patuk kereta jurujual hingga remuk?
Reviewed by Unknown
on
11:13
Rating:
No comments:
Post a Comment