Mengejutkan!!... 3 Juta Rakyat Malaysia ada masalah mati pucuk..



KUALA LUMPUR: Lebih tiga juta rakyat Malaysia megalami masalah mati pucuk atau erectile dysfunction (ED).

Menurut Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Dr Mohd Ismail Mohd Tambi, angka itu berkemungkinan lebih tinggi memandangkan ramai mengalaminya enggan mengaku atau tidak cuba mendapatkan rawatan, lapor laman Astro Awani.

“Saya terlibat dalam satu kajian pada tahun 1996-1997 di mana 600,000 lelaki rakyat Malaysia didapati mengalami masalah mati pucuk," menurut Dr yang sudah berkecimpung hampir 30 tahun dalam bidang ini.

“Angka itu meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda atau lebih hari ini,” kata beliau dalam satu temu bual bersama Astro Awani baru-baru ini.

Menurut beliau, keadaan tersebut lebih membimbangkan apabila kajian yang sama turut mendapati ada di kalangan mereka itu adalah golongan muda atau lewat 20-an.

Beliau menambah bahawa antara faktor yang menyumbang kepada keadaan itu adalah gaya hidup yang tidak seimbang, masalah kegemukan dan tekanan hidup.

Merokok juga boleh menyumbang kepada ED, namun majoriti rakyat Malaysia sukar mengubah gaya hidup mereka, menurut Dr Mohd Ismail seperti yang ditukil oleh laman Astro Awani.

“Ada juga suami yang berkata merokok memberi mereka lebih kepuasan dalam hubungan, namun isteri mereka tidak bersetuju,” katanya.

RAMAI MAHU CUBA VIAGRA, TERMASUK RAKYAT S'PURA

Dr Mohd Ismail berkata ketika Viagra mula diperkenalkan di M'sia, ramai yang mahu mencubanya dan meminta beliau mendapatkan ubat tersebut.

Malah, terdapat permintaan tinggi dari warga Singapura juga.

“Di Singapura, ubat itu tidak boleh didapati sewenang-wenangnya kecuali atas arahan pakar perubatan. Jadi ramai rakyat Singapura yang datang ke Malaysia untuk mendapatkannya,” katanya lagi.

Beliau menambah, jumlah ubat kuat lelaki yang dijual di pasaran membimbangkan, lebih-lebih lagi di pasaran gelap dan dijual dengan harga murah.

Beliau menasihati rakyat Malaysia supaya mengelak daripada mencuba ubat sedemikian tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

“Ramai yang mengambil ubat-ubat sebegini selepas dicadangkan oleh rakan-rakan. Ubat-ubat ini dibeli dengan harga murah dari negara China dan India. Ada juga yang dibeli secara dalam talian,” katanya lagi kepada Astro Awani.

Menurut beliau, antara kesan sampingan daripada ubat itu termasuklah pening kepala, sakit otot, mata kemerahan, kebas muka dan hidung tersumbat.

“Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah ini ialah jangan ambil ubat-ubat sebegini tanpa nasihat pakar perubatan kerana mati pucuk mungkin adalah simptom untuk masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis,” katanya lagi.


Mengejutkan!!... 3 Juta Rakyat Malaysia ada masalah mati pucuk.. Mengejutkan!!...  3 Juta Rakyat Malaysia ada masalah mati pucuk.. Reviewed by ZULKARNAIN on 08:27 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.