Kelakuan jemaah haji Indonesia buat pegawai haji geleng kepala
INDONESIA: Ibadah haji merupakan seruan Ilahi bagi umat Islam yang memiliki kemampuan baik dari segi kewangan ataupun jasmani.
Namun,
menurut pengalaman Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (IPHI) Kota
Cirebon, Indonesia, terdapat pelbagai kelakuan para jemaah dari negara
itu yang boleh membuat sesiapa sahaja geleng kepala.
Malah sebahagian daripadanya terpaksa melibatkan campur tangan polis.
BAWA BERKOTAK-KOTAK ROKOK, UBAT KUAT UNTUK DIJUAL
Menurut Ketua IPHI kota itu, Slamet, jemaah haji dari Indonesia, khususnya Jawa Barat adalah yang paling menyusahkan.
Mereka seringkali membawa pelbagai barangan yang tidak perlu kerana mahu berjimat.
Ada yang membawa periuk nasi, termos, berkotak-kotak rokok dan juga 'ubat kuat' untuk dijual di tanah suci.
"Rokok
dibawa berkotak-kotak. Demikian juga ubat kuat. Di tanah suci harganya
mahal, jadi mereka boleh menjualnya dengan harga lima kali ganda
berbanding harga di Indonesia," menurut Encik Slamet.
Selain
itu, pernah juga terjadi pada tahun 2011, di mana seorang petugas
ibadah haji (PPIH) di Arab Saudi menjumpai beras dan periuk nasi di
dalam beg seorang jemaah yang berasal dari Solo.
BAWA LEBIH 5 KILOGRAM BERAS, PERIUK NASI
Ketua Sektor PPIH Arab Saudi, Aranto berkata, beg yang dibawa jemaah berkenaan terlalu berat.Rupa-rupanya, bukan sahaja pakaian, malah terdapat juga beras melebihi lima kilogram dan juga makanan kering serta telur.
"Itu yang membuatkan beg beliau lebih berat berbanding beg-beg jemaah lain," jelas Encik Aranto. Menurut
salah seorang jemaah yang menginap di Hotel Holiday Villa, Madinah,
jemaah itu membawa peralatan dan makanan tersebut bagi menyiapkan
sarapan pagi setiap hari.
"Kalau sarapan, beliau mahu masak mi segera atau nasi," ujar jemaah tersebut.
Pada
tahun 2014, kerajaan Arab Saudi menetapkan undang-undang baru di mana
para jemaah haji tidak dibenarkan memasak makanan sendiri.
"Undang-undang
dari kerajaan Arab Saudi dikuatkuasakan sebagai mencegah daripada
kebakaran dan dimaklumkan kepada para jemaah Indonesia. Sekiranya jemaah
haji tetap memasak nasi atau membawa masakan sehingga mengeluarkan
aroma, sistem penggera akan berbunyi," menurut Ketua Daker Makkah Endang
Jumali.
Meskipun
begitu, masih terdapat jemaah haji dari Indonesia yang tidak bersetuju
dengan undang-undang baru tersebut dan menentangnya.
LANGGAR UNDANG-UNDANG BAWA MINUMAN KERAS
Malah,
seorang bakal jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci didapati
membawa sekitar setengah liter minuman keras hasil penapaian yang
dimasukkan ke dalam botol.
Menurut
jemaah berkenaan, minuman itu adalah ubat kuat, anti-penat supaya
beliau lebih bertenaga untuk menjalankan ibadah haji di tanah suci.
Minuman
tersebut dijumpai petugas semasa melakukan pemeriksaan ke atas beg-beg
jemaah, pada Jumaat (26 Ogos), lantas merampasnya sebagai bukti.
Menurut
seorang petugas bernama Avsec Bandara, jemaah yang membawa minuman
keras itu merupakan seorang lelaki yang berasal dari Sulawesi Barat.
Beliau
menambah, minuman tersebut dirampas bukan sahaja kerana ia mengandungi
alkohol malah ia boleh menyebabkan letupan di dalam pesawat.
Selain minuman keras, petugas turut merampas beberapa barangan lain milik bakal jemaah.
- Merdeka.com/nk
Kelakuan jemaah haji Indonesia buat pegawai haji geleng kepala
Reviewed by Unknown
on
08:26
Rating:
No comments:
Post a Comment