Terkejut bukan kepalang, "mayat terapung" tiba-tiba bangun!

CHINA: Alangkah terkejut bukan kepalang apabila mayat yang disangka terapung di sungai tiba-tiba bangun.
Namun itulah yang berlaku kepada seorang penyelamat di China.
Memetik laporan People's Daily Online yang ditukil laman Daily Mail, anggota bomba itu sedang cuba menyelamatkan lelaki yang disangka sudah meninggal dunia di sebuah sungai di China.


Beberapa orang penyelamat tiba di tebing sungai itu setelah menerima aduan daripada orang kampung tentang seorang lelaki yang disangka "mayat" terapung di Sungai.
Namun, apabila salah seorang daripada mereka cuba menarik lelaki yang disangka "mayat" itu, lelaki berkenaan tiba-tiba bangun menyebabkan penyelamatnya lari lintang-pukang.
Rupa-rupanya, lelaki itu sedang tidur sambil menyejukkan tubuh kerana tidak tahan dengan cuaca panas di daerah tersebut.
Saksikan babak-babak menggelikan hati itu semasa anggota penyelamat terperanjat besar apabila "mayat" berkenaan tiba-tiba bangun dan bersuara:

Terkejut bukan kepalang, "mayat terapung" tiba-tiba bangun! Terkejut bukan kepalang, "mayat terapung" tiba-tiba bangun! Reviewed by ZULKARNAIN on 08:18 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.