Terkini!!...Pekerja Malaysia di tahan di Australia, bekerja secara HARAM!!

Tentera sempadan Australia (ABF) menahan 34 warga Malaysia, termasuk dua kanak-kanak yang bekerja di ladang beri biru di utara Coffs Harbour.

Ladang itu dipercayai sebahagian daripada sindiket pembekal pekerja haram, mengupah pekerja asing di bandar pantai Woolgoolga.

Pegawai ABF dan Polis Persekutuan Australia menyerbu premis di kawasan ladang itu selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.





Semua 34 warga Malaysia yang bekerja di ladang itu, 14 daripadanya bekerja secara haram, manakala 20 lagi terus bekerja walaupun visa mereka tamat tempoh.

Tahanan dewasa dibawa ke Pusat Tahanan Imigresen Villawood untuk dihantar pulang ke Malaysia dan anak mereka dipindahkan ke tempat tahanan alternatif.

Menteri Imigresen dan Perlindungan Sempadan, Peter Dutton, berkata rangkaian jenayah buruh menjadi topik utama siasatan jenayah.

"Operasi ini memberi isyarat keras kepada individu dan sindiket yang terbabit. Jika anda berada di Australia tanpa visa yang sah, jika anda bekerja dengan melanggar syarat visa atau jika anda mengeksploitasi pekerja asing, anda akan ditangkap," katanya.

Jika sabit kesalahan, penganjur visa palsu dan pekerja haram bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun atau denda sehingga AU
Terkini!!...Pekerja Malaysia di tahan di Australia, bekerja secara HARAM!! Terkini!!...Pekerja Malaysia di tahan di Australia, bekerja secara HARAM!! Reviewed by Unknown on 07:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.