Tunku Tun Aminah Presiden Baharu JDT



KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta’azim (JDT) akan menganjurkan Majlis Pengenalan presiden baharunya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim yang juga merupakan Puteri kepada Sultan Johor.

Menerusi kemas kini status di laman Johor Southern Tiger, majlis tersebut akan diadakan pada Khamis ini sekitar jam 2 petang bertempat di bilik sidang media, Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin.

Pada 2013 lalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Difahamkan, Datuk Ismail Karim telah dilantik sebagai Presiden PBNJ yang baharu selepas Tunku Ismail melepaskan jawatan tersebut.

Keputusan Tunku Ismail melepaskan jawatannya sebagai Presiden PBNJ sebelum ini diambil setelah mendapat perkenan Sultan Johor dan juga hasil perbincangan bersama Penasihat Undang-undang Negeri Johor.

Buat masa ini, Tunku Ismail merupakan pemilik Kelab JDT dan Penaung Diraja PBNJ.
Tunku Tun Aminah Presiden Baharu JDT Tunku Tun Aminah Presiden Baharu JDT Reviewed by ZULKARNAIN on 00:23 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.