Terkini!!! Virus Zika menyerang Singapura, seramai 82 kes jangkitan Zika



Lagi 26 jangkitan Zika tempatan disahkan hari ini, bermakna 82 kes kesemuanya

: Lagi 26 kes virus Zika jangkitan tempatan disahkan di Singapura.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama hari ini (30 Ogos).

Ini tambahan kepada 15 kes yang disahkan semalam (29 Ogos) dan 41 kes pada hari Ahad (28 Ogos).

Ini membawa jumlah keseluruhan kes yang disahkan di Singapura kepada 82.

Dalam kenyataan media hari ini (30 Ogos) itu, MOH dan NEA memberi lebih banyak penerangan kepada kes baru itu: 17 daripada mereka tinggal atau bekerja di Kallang Way dan Paya Lebar Way, utara Sims Drive/Aljunied.

Pihak berkuasa sedang menyiasat baki empat kes bagi kaitannya kepada kawasan terjejas berkenaan.

Kedua-dua agensi menambah 111 lagi individu diuji negatif dalam masa 24 jam sebelum ini.

5,000 daripada 6,000 KAWASAN ALJUNIED/SIMS DIPERIKSA

NEA menambah semalam (29 Ogos), ia sudah memeriksa sekitar 5,000 kawasan daripada anggaran 6,000 kawasan di kelompok Aljunied Crescent/Sim Drive bagi pembiakan nyamuk, dan juga menjalankan pemeriksaan tapak di dalam kawasan itu.

39 tempat pembiakan - terdiri daripada 23 di rumah dan 16 di kawasan lain - sudah dikesan dan dihapuskan.

NEA juga menambah ia memberi notis di lebih 400 kawsan yang tidak dapat diakses di kelompok Aljunied Crescent/Sims Drive, supaya para pemiliknya menghubungi NEA agar pemeriksaan dapat dilakukan.

Jika gagal melakukannya, NEA akan meneruskan dengan masuk secara paksa. Para pegawai NEA dan relawan akar umbi sudah menyelesaikan pusingan pertama usaha mendekati para penduduk di kelompok itu, dengan mengedarkan risalah maklumat Zika.

Ia akan terus meneruskan usaha itu bagi topik-topik yang membimbangkan demi meningkatkan kesedaran awam Zika, menekankan keperluan pengurangan sumber pembiakan nyamuk , dan menasihati para penduduk untuk menggunakan ubat pencegah sebagai langkah keselamatan.

NEA menyatakan ia juga akan memulakan operasi pembunuhan serangga dan usaha mendekati penduduk di Kallang Way dan Paya Lebar Way.

MEMERIKSA TAPAK BINAAN, ASRAMA PEKERJA

Sebagai tambahan pemeriksaan rumah dan kawasan bersama mereka, NEA juga akan memeriksa tapak binaan dan melibatkan pengendali asrama pekerja.

Ia menyatakan: "Para pengendali memainkan peranan penting bagi membantu mencegah dan menghentikan jangkitan Zika dalam kawasan mereka dengan memastikan sekitaran yang bersih.

"Antara amalan baik termasuk melibatkan pengendali pembasmi serangga perosak yang khusus bagi kawalan nyamuk, memastikan dan mengekalkan usaha kemaskini, dan memastikan semua pekerja/penduduk sering menggunakan ubat pencegah serangga." 

Sumber : MediaCorp

Terkini!!! Virus Zika menyerang Singapura, seramai 82 kes jangkitan Zika Terkini!!!  Virus Zika menyerang Singapura,  seramai 82 kes jangkitan Zika Reviewed by Unknown on 23:17 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.