Terkini!!!.....Cinta Erra - Shahir AF telah berakhir??



Masih berteka-teki mengenai hubungan cinta bekas Ratu Cantik Malaysia yang juga selebriti jelita, Erra Fazira dengan penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan, Shahir AF. 

Erra Fazira menjelaskan bahawa kebanyakan perkara yang tersebar di laman sosial adalah tidak benar malah mereka sendiri sudah lama tidak bertemu.

“Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp”

Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir. Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Erra, dia menyifatkan hubungannya bersama Shahir hanyalah sekadar kawan dan dia juga berharap agar cerita tidak benar mengenai mereka diperbesarkan. 

Kenyataan Erra tersebut seakan menyatakan hubungan cinta dia dengan Shahir bagai tidak kesampaian. Adakah sudah putus? Jika ya, sama-samalah kita doakan agar Erra Fazira dapat bertemu dengan lelaki yang sesuai dan terbaik untuk dirinya. 


Sumber : CARI
Terkini!!!.....Cinta Erra - Shahir AF telah berakhir?? Terkini!!!.....Cinta Erra - Shahir AF telah berakhir?? Reviewed by Unknown on 15:48 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.