Penyanyi Elizabeth Tan marah sangat dituduh “rampas tunang orang” ??

Seakan "kejutan budaya". Itulah yang pernah dialami penyanyi jelita yang popular menerusi lagu berjudul Knock-Knock, Elizabeth Tan apabila pertama kali diterjah dengan gosip yang boleh dianggap melampau.
Iaitu kononnya "beliau tidur dengan VIP untuk kecapi apa yang beliau ada hari ini, selain dari merampas tunang orang".
Penyanyi tersebut pertama kali mendapat perhatian penggiat seni apabila beliau memuatkan pelbagai video nyanyian beliau di YouTube dengan hanya berbekalkan sebuah ukulele membawakan lagu-lagu cover.
Ketika ditemui BERITAMediacorp di Kuala Lumpur baru-baru ini, penyanyi tinggi lampai yang pernah memenangi kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) untuk Anugerah Planet Muzik (APM) ke 14 berkata:
"Masa tu marah sangat sebab saya tau saya tak buat macam tu. Kalau saya marah, saya tak boleh baca komen-komen yang kritik-kritik saya. Bila dah ok seminggu, I baca komen mereka balik di sosial media dan balas komen mereka.”

TAK SANGKA ADA PIHAK SANGGUP GOSIPKAN DEMIKIAN
Artis dibawah pengurusan Paranormal Talents itu berkata, beliau sama sekali tidak menyangkakan, ada pihak yang sanggup mencipta gosip sedemikian sedangkan beliau baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan ketika itu.
Setelah melalui episod sedemikian, ia membuat penyanyi tersebut lebih matang dalam menangi gosip dan melalui asam garam kehidupan sebagai seorang artis.
Kongsi Elizabeth dalam pertemuan tersebut: “Keluarga dan kawan-kawan I tau I tak akan buat macam tu. Nasib baik mereka percaya I dan peminat pun percaya I tak akan buat tu. Akhirnya, apa yang benar diketahui.”
Seseorang artis itu perlu juga bijak menangi setiap gosip yang diperkatakan atau disebarkan terangnya.
Sebelum ini, beliau turut mempertaruhkan bakat sebagai seorang pelakon menerusi filem berjudul Usop Wilcha: Menghonjang Makhluk Muzium, pada tahun 2015.
TAPI, DARI GOSIP JADI LAGU
“Dalam bidang apapun, akan ada drama. Gosip akan kita hadapi jadi kita kena belajar macam mana nak kawal semua ini, bagaimana kita tunjukkan reaksi padanya (gosip) dan kita belajar dari pengalaman itu,” kata beliau.
Gadis yang menerima 3 pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik (APM) pada tahun ini tidak menafikan, impak kepada gosip panas yang pernah dilaluinya sebelum ini secara tidak langsung melahirkan idea untuk menghasilkan single terbarunya berjudul Tabah.
Terangnya yang lebih senang disapa sebagai Lizzy, lagu Tabah sebenarnya merupakan sebuah lagu yang menggambarkan kisah peribadi beliau.
Jelas Elizabeth: “Ia pengalaman saya sendiri. Ia sepatutnya sebuah lagu cinta tapi saya cakap dengan penerbit Audi Mok “ macam boring jer” buat lagu cinta sebab semua orang buat lagu cinta.Jadi kita tukar sikit-sikit.”
Ia adalah pengalaman pertama Elizabeth bergabung tenaga bersama komposer Audi Mok dan Shazee Ishak untuk menghasilkan lirik lagu Tabah edaran Warner Music Malaysia.
“Saya tak perlukan diri saya yang lemah dulu, senang putus-asa dan senang marah,” kongsi Lizzy mengenai intipati lirik lagu Tabah.
LIZZY AKUI BELUM ADA IDENTITI KUKUH
Meskipun penyanyi itu muncul dengan lagu-lagu seperti Knock-Knock, Tabah serta sebuah lagu berjudul Setia gandingan beliau bersama penyanyi Faizal Tahir, beliau masih tercari-cari identiti yang sesuai untuk lagu-lagu yang dibawakan olehnya.
“I rasa identiti I belum cukup kukuh. I masih mencari identiti I sendiri supaya lebih senang untuk “ branding”.Lebih senang untuk orang mengenali I sebagai seorang artis, karektor suara I bila dia dengarkan lagu penyanyi itu saja,” kata Elizabeth penuh semangat.
Beliau turut bekerjasama dengan penyanyi serta komposer Faizal Tahir menerusi lagu ciptaan Faizal berjudul Setia baru-baru ini.
Lagu tersebut sudah disaksikan hampir 6 juta kali di laman YouTube. Ini adalah satu pencapaian yang begitu menakjubkan bagi seseorang artis Malaysia. Sebelum ini, lagu ciptaan Faizal Tahir berjudul “Knock-Knock” berjaya memperkenalkan Elizabeth Tan ke persada seni.
Elizabeth tidak ragu-ragu untuk menghamburkan pujian tinggi melangit untuk Faizal Tahir: “Dia (Faizal Tahir) baik sekali. Dia banyak ajar I. Dia tak panas baran. Dia sabar dengan I. Bila media hentam I, dia akan mempertahankan I. Bersyukur sangat dapat berada di bawah label naungan Faizal Tahir.”
2 LAGU INGGERIS DARI ELIZABETH TAHUN INI
Untuk tahun ini, penyanyi peramah kelahiran Kuala Lumpur itu ingin memperkukuhkan lagi kedudukan beliau sebagai artis dengan mengorak langkah untuk merakamkan dua buah lagu Inggeris pula.
“Konsep dia akan lebih pada gangster-gangster sikit. Itulah imej yang saya kejar untuk lagu-lagu ini tapi tak tau jadi ke tidak,” katanya sambil tertawa.
Langkah ini diambil untuk melihat sejauh mana beliau boleh tembusi pasaran lagu-lagu Inggeris .Terangnya, beliau datang dari latarbelakang Inggeris: “Nak tengok jadi ke tak. Kalau jadi, itu satu bonus, kalau tak jadi, I masih ada pasaran Melayu untuk lagu-lagu I,” kongsi beliau lagi.

Sumber : MEDIACORP

Penyanyi Elizabeth Tan marah sangat dituduh “rampas tunang orang” ?? Penyanyi Elizabeth Tan marah sangat dituduh “rampas tunang orang” ?? Reviewed by Unknown on 16:18 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.