TERKINI!!!...7 jenis aiskrim termasuk Potong ditarik balik selepas "kacang besi" ditemui
Tujuh jenis aiskrim dari King's Ice
Confection - termasuk ais krim terkenal 'Potong' – ditarik balik
penjualannya, menurut Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura
(AVA).
Dalam satu kenyataan media Selasa (23
Ogos), AVA menyatakan ia menerima maklum balas daripada orang ramai pada
18 Ogos mengenai sebiji "kacang besi" yang ditemui dalam sepotong
aiskrim Potong Red Bean King's Ice Confection.
AVA sedang bekerjasama dengan pengimport bagi menyiasat perkara itu.
Sementara
siasatan dijalankan, para pengimport secara sukarela menarik balik
tujuh produk itu yang tarikh luputnya sebelum 22 Julai 2018. Ini sebagai
langkah berjaga-jaga.
"Para
pelanggan yang membeli produk-produk tersebut dinasihati untuk tidak
memakannya," tambah AVA. Berikut adalah senari produk itu:
- King's Potong Red Bean Ice Cream Confection (berbilang bungkusan dan satu)
- King's Potong Black Glutinous Rice/Yam (berbilang bungkusan)
- King's Potong Durian (berbilang bungkusan)
- King's Potong Red Bean & Cempedak (berbilang bungkusan)
- King's Potong Teh Tarik (berbilang bungkusan)
- King's Potong Black Glutinous Rice (satu bungkus)
- King's Fruity Lime (berbilang bungkusan)
Bagi
pertanyaan atau penukaran produk, orang ramai boleh menghubungi F&N
Creameries di 6261 3133 atau icecream-sg@fnnfoods.com.
Sumber : mediacorp
Sumber : mediacorp
TERKINI!!!...7 jenis aiskrim termasuk Potong ditarik balik selepas "kacang besi" ditemui
Reviewed by Unknown
on
09:30
Rating:
No comments:
Post a Comment