Zul Ariffin turunkan berat badan dan membina 'six pack' untuk filem Tombiruo
Pelakon Zul Ariffin terpaksa menurunkan berat badan dan
membina 'six pack' untuk watak menjiwai watak yang dilakonkan dalam filem
terbarunya Tombiruo.
Zul Arifin yang memegang watak sebagai Ejim atau Tombiruo
berkata, dia berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 13 kilogram (kg) dalam
masa tiga minggu.
"Cabaran terbesar apabila produksi meminta saya
'kecilkan' sedikit saiz badan dan saya terpaksa makan satu kali sehari
sedangkan saya seorang yang kuat makan.
"Dalam masa sama saya perlu mengekalkan bentuk tubuh
kerana Ejim atau Tombiruo digambarkan sebagai seorang lelaki hutan yang
memiliki tubuh sasa.
"Saya perlu realistik untuk menjayakan watak tersebut
kerana tidak logik seorang lelaki yang tinggal di dalam hutan mempunyai tubuh
terlalu kekar.
"Tidak mudah untuk saya kerana perlu mendapatkan
"six pack" dalam masa yang singkat, namun demi tuntutan tugas saya
lakukannya," kata Zul Ariffin ketika ditemui pada majlis pelancaran filem
tersebut di First Avenue, Bandar Utama pada petang Jumaat.
Tambahnya lagi, dia turut mengalami kecederaan ligamen pada
hari ketiga penggambaran.
"Mungkin kerana diet 'keras' yang diamalkan, 'muscle
joint' saya kering sehingga menyebabkan kecederaan pada ligamen.
"Saya terpaksa berehat selama dua minggu di hospital
dan beberapa babak terpaksa digantikan dengan pelakon gantian," ujarnya.
Dalam pada itu Zul Ariffin mengaku kekok berlakon tanpa
pakaian.
"Agak kekok pada awalnya kerana dalam filem ini saya
tak pakai baju tetapi sebagai seorang pelakon yang profesional ini adalah
tuntutan tugas yang perlu dipenuhi.
"Tidak perlu dijadikan isu atau kontroversi kerana itu
kostum Tombiruo. Lagipun Tombiruo memakai seluar di bawah paras lutut,"
katanya.
Selain Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda turut diangkat
sebagai teraju utama filem adaptasi novel karya Ramli Awang Murshid.
Pelakon lain yang terlibat dalam filem ini ialah Hasnol
Rahmat, Datuk M.Nasir, Datin Marlia Musa, Faizal Hussein, Dynas Mokhtar, Faye
Kusyairi, Michael Chan, R Azmi dan pelakon kanak-kanak Rayyan yang membawakan
watak Ejim dan Amiruddin kecil.
Filem ini sudah memasuki tiga minggu penggambaran dan bakal
menemui penonton pada 2017.
Sumber : AstroGempak
Sumber : AstroGempak
Zul Ariffin turunkan berat badan dan membina 'six pack' untuk filem Tombiruo
Reviewed by Unknown
on
14:22
Rating:
No comments:
Post a Comment