Ramai Tak Tahu Khasiat Mangga, Selain rasa mana manis ada khasiat tersembunyi untuk badan.. khasiat pelam telah TERBONGKAR...


Mangga adalah salah satu buah-buahan yang menjadi kegemaran ramai orang disebabkan rasanya yang enak.
Malah, buah mangga juga bermanfaat kepada kesihatan para penggemarnya, menurut laman Tribun Batam.
Buah mangga mengandungi fenol, pektin dan antioksida yang dapat mencegah dan mengurangkan risiko beberapa jenis barah, salah satunya adalah barah prostat.
MAHU TAMBAH BERAT BADAN?
Bagi anda yang ingin menambah berat badan, buah mangga yang sudah ranum adalah buah yang sesuai dimakan kerana ia mengandungi pati yang akan bertukar menjadi gula apabila dimakan.
Jika ia dimakan bersama susu, maka gabungan itu akan membantu menambah berat badan, kerana 100 gram mangga mengandungi 75 kalori, menurut laman Tribun Batam.
Selain itu, enzim yang wujud dalam buah mangga dapat membantu memecahkan protein yang bekerja rapat dengan asid di dalam perut lalu meningkatkan kelancaran pencernaan.
Ini bermakna, buah mangga boleh membantu mengurangkan sembelit, cirit-birit, gangguan dan pencernaan, menurut Tribun Batam.
Mangga juga baik untuk para pesakit kencing manis kerana ia menstabilkan kadar insulin dalam darah.
Ramai yang beranggapan bahawa mangga menyebabkan kadar gula meningkat namun menurut penelitian yang ditukil laman Tribun Batam, jika daun mangga direndam semalaman, ia baik untuk kesihatan pesakit kencing manis.
ATASI MASALAH JERAWAT
Buah mangga juga dikatakan boleh mengatasi masalah jerawat! Isi buah mangga boleh dijadikan pes yang kemudian diletakkan di bahagian yang berjerawat dan dibiarkan selama 10 minit sebelum dicuci bersih.
Ini dapat membuka pori-pori yang tersumbat sekaligus mengubati jerawat dan mencegahnya daripada terus tumbuh.
Menurut laman Tribun Batam, buah mangga merupakan sumber vitamin A dan C, yang membantu menghasilkan kolagen.
Kolagen adalah protein yang membantu menguatkan pembuluh darah dalam tubuh dan ini mewujudkan proses anti-penuaan secara semula jadi.
Sistem imun tubuh juga akan semakin mengukuh dengan adanya beta-keroten di dalam buah mangga.
Beta karoten menghasilkan vitamin A, yang akan melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit serta radikal-radikal bebas.
Selain itu, otak manusia juga dapat berfungsi secara berkesan dan menyihatkan saraf jika buah mangga dimakan secara kerap, lapor Tribun Batam.
Kandungan B6 dalam buah mangga membantu menentukan keadaan hati serta corak tidur yang lebih baik.
Bagi mereka yang mengalami masalah anemia atau kurang darah, kandungan zat besi dalam buah mangga dapat meningkakan jumlah darah dalam tubuh.
Oleh kerana buah mangga mengandungi beta karoten, ia juga baik untuk kesihatan mata, membantu mengurangkan masalah rabun malam, kekeringan mata, gatal-gatal dan lain-lain.

Sumber : Media Corp
Ramai Tak Tahu Khasiat Mangga, Selain rasa mana manis ada khasiat tersembunyi untuk badan.. khasiat pelam telah TERBONGKAR... Ramai Tak Tahu Khasiat Mangga,  Selain rasa mana manis ada khasiat tersembunyi untuk badan.. khasiat pelam telah TERBONGKAR... Reviewed by ZULKARNAIN on 11:58 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.