Terkini!!...Akademi Manchester City latih anak Batu Pahat Johor berusia 6 tahun.....Bangsa Johor kena tengok ni...!!!
Walaupun baru berusia enam tahun, seorang anak Johor sedang
dibimbing Akademi Bola Sepak Manchester City, England.
Ehsan Rasidin Amri dilahirkan di Hospital St Mary
Manchester. Ibu bapanya bekerja dan tinggal di sana sejak 10 tahun lalu.
Penglibatan awal anak kedua pasangan Rasidin Amri Amir dan
Fairuz Hanapiah dalam sukan bola sepak bermula secara tidak dirancang selepas
Ehsan membuat permintaan untuk bermain bola sepak.
Rasidin Amri berkata, ketika berusia lima tahun, Ehsan
(foto) meminta supaya dihantar bermain bola sepak di mana-mana kelab
sebagai aktiviti hujung minggu.
"Kami ambil masa agak lama untuk cari kelab bola sepak
yang sesuai. Kami juga fikir jadual aktiviti Ehsan sedia padat dengan latihan
renang dan taekwondo pada hari minggu.
"Selepas dia memujuk kami, sekitar April lalu isteri
saya mendapati ada satu kelab bola sepak iaitu Timperley FC, terletak kira-kira
10 minit memandu kereta dari rumah kami," katanya kepada Malaysiakini.
Rasidin berkata, mereka bertuah susulan kouta pendaftaran
untuk menyertai Timperley FC masih ada walaupun ketika itu sudah hampir
penghujung musim.
Menurutnya, Ehsan menjalani latihan setiap hari Ahad selama
satu setengah jam bermula pukul 9.30 pagi.
"Selepas tiga minggu menyertai Timperley FC, Ehsan
dipilih beraksi untuk Sunday League. Pada penampilan pertama Ehsan dalam Sunday
League, aksinya turut ditonton seorang pencari bakat Manchester City,"
katanya yang juga anak kelahiran Batu Pahat, Johor.
Rasidin berkata, pencari bakat tersebut datang menemuinya
dan bertanya sama ada Ehsan pernah dilatih secara profesional sebelum ini.
"Dia kata Ehsan bermain agak baik. Mungkin dia nampak
kebolehan tertentu yang ada pada Ehsan berdasarkan persembahannya. Pada hari
tersebut terdapat kira-kira 200 kanak-kanak mewakili kelab masing-masing untuk
Sunday Leageu.
"Lelaki berusia dalam linkungan 70 tahun itu cuba
meyakinkan saya bahawa Ehsan perlu mendapatkan bimbingan profesional dengan
menyertai Akademi Manchester City.
"Dalam hati saya kata, dia tak perlu yakinkan saya
kerana saya dan Ehsan sememangnya peminat tegar kelab Manchester City,"
jelasnya.
Pemain terbaik Timperley FC
Selepas berborak kira-kira sejam dengan pencari bakat
tersebut, Rasidin berkata, bekas pesara tentera British yang pernah berkhidmat
di Malaysia sebelum merdeka itu meminta maklumat peribadinya.
"Dia minta alamat, nombor telefon dan email untuk
dihubungi kemudian. Dia kata Ehsan akan dapat surat tawaran dari Akademi
Manchester City.
"Surat tawaran tersebut benar-benar sampai pada awal
bulan Jun lalu," katanya.
Pada penghujung musim liga Julai lalu, Rasidin berkata,
Ehsan dipilih sebagai pemain terbaik tahunan Timperley FC bagi kategori pemain
berusia enam tahun.
Selepas itu katanya, Ehsan mula menyertai latihan di Akademi
Manchester City yang diadakan setiap hari Khamis.
"Dia menunjukkan peningkatkan selepas berlatih di
Akademi Manchester City. Keyakinannya semakin tinggi dan kelihatan seperti
kanak-kanak lain di sana.
"Sebagai ibu bapa kami sangat gembira dan bersyukur
dengan peluang yang diperolehi Ehsan di sini. Kami rasa bertuah tinggal dan
mendapat peluang sebegini di sini.
"Saya belikan Ehsan tiang gol kecil dan letakkan di
belakang rumah kami untuk dia berlatih setiap hari. Ehsan juga bermain untuk
pasukan sekolahnya Tyntesfield Primary," katanya yang bekerja sebagai
designer.
Tambah Rasidin, pada awalnya Ehsan bermain untuk posisi
pertahanan dan kini lebih berkeyakinan beraksi di posisi tengah.
Katanya, sebagai ibu bapa mereka tidak mahu terlalu memberi
tekanan kepada Ehsan, sebaliknya sentiasa memberi peringatan peluang dan
platform yang diperolehinya.
"Kami pesan supaya dia berusaha gigih dan terus
meningkatkan aspek persembahannya. Kami tidak beri sasaran supaya dia tampil
sebagai pemain profesional dan kami mahu dia turut berjaya dalam pelajaran.
"Tetapi sebagai anak Johor, dia mungkin boleh menyimpan
cita-cita untuk mewakili pasukan Johor sekiranya perkembangan bola sepak Ehsan
semakin baik di masa akan datang," katanya.
Sebagai rekod, Akademi Manchester City tidak membuka peluang
terbuka kepada semua golongan kanak-kanak untuk mendapat bimbingan profesional
bola sepak, sebaliknya menggunakan khidmat pencari bakat untuk menawarkan
kanak-kanak berbakat menyertai mereka.
Bimbingan itu diberikan secara percuma sehingga mereka
terpilih untuk menyertai skuad paling junior pada usia lapan tahun.
Sumber : MalaysiaKini
Sumber : MalaysiaKini
Terkini!!...Akademi Manchester City latih anak Batu Pahat Johor berusia 6 tahun.....Bangsa Johor kena tengok ni...!!!
Reviewed by Unknown
on
14:07
Rating:
No comments:
Post a Comment