Tips!! .. Cara mendapatkan Nyenyak Tidur, Cara No 1 tu memang tak sangka betul ....

Kualiti tidur malam yang baik akan membuat anda merasa segar keesokan harinya. Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, mari tahu mengenai bagaimana cara tidur nyenyak.


Beberapa kajian mendedahkan bahawa kekurangan tidur berkaitan dengan penurunan daya berfikir dan memproses maklumat. Kekurangan tidur juga berkait rapat dengan kejadian kemalangan kerja. Lebih jauh lagi, jika dibiarkan dalam jangka panjang, kurang tidur dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung, strok, dan tekanan darah tinggi.

Sekurang-kurangnya Ada Empat Punca Sukar Tidur
Jika anda mengalami sukar tidur, dianjurkan untuk mengetahui penyebabnya. Tujuannya agar anda tahu penyebab keadaan ini. Beberapa hal yang berkaitan dengan kesukaran tidur antara lain:

Faktor Stress
Tidak boleh dinafikan, permasalahan hidup seperti konflik dalam rumah tangga atau urusan kerja boleh membuat anda stres. Masalah semacam itu seperti terus-menerus berputar dan menduduki ruang di kepala dan membuat anda terus memikirkannya. Anda boleh menjadi lebih lama terjaga dan menjadi sukar tidur.

Faktor Usia
Memasuki usia 40 tahun, pada umumnya muncul kecenderungan perubahan pola tidur. Jika pada usia sebelumnya dapat tidur nyenyak sepanjang malam, maka bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas mengalami kecenderungan untuk beberapa kali bangun di malam hari. Sering terbangun, maka anda makin tidak mendapat kualiti tidur yang baik.

Kesan bahan kimia
Alkohol dan kafein yang anda telah minum boleh membuat anda terjaga di malam hari lebih sering dari biasanya. Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan perkara yang sama. Malah terlalu banyak mengambil alkohol kadang-kadang boleh menyebabkan sakit kepala dan berpeluh. Gangguan ini boleh terasa lebih jelas pada saat anda bangun dari tidur di mana anda merasa tidak segar.
  
Cuba Ikut Cara Ini Supaya Boleh Tidur Nyenyak
Setelah mengetahui penyebabnya dan anda mungkin belum juga boleh mendapatkan kualiti tidur yang baik, disyorkan untuk mengikuti cara-cara tidur nyenyak di bawah ini.
Menghadkan tidur siang
Tidur siang boleh menjadi penyebab anda sukar tidur di malam hari. Oleh kerana itu, anda disyorkan untuk mengelakkan ataupun menghadkan tidur siang, iaitu tidak lebih dari 25 minit. Untuk mengelakkan tidur siang, anda boleh cuba mengalihkan perhatian anda pada hal-hal lain yang ringan, seperti berbasikal, jalan kaki, membaca buku, atau berbual-bual.

1. Elakkan bersukan sebelum tidur
Aktiviti sukan yang dilakukan sebelum tidur pada sebahagian orang boleh membuat segar dan mengambil waktu lama untuk menenangkan diri. Untuk mengelakkan sukar tidur kerana segar selepas bersenam, anda disyorkan menggantikannya dengan aktiviti senaman kecil yang menenangkan. Melakukan yoga, membaca buku, mandi air panas, atau mendengar muzik boleh menjadi pilihan. Berbeza dengan sukan berat, perlu diingat bahawa aktiviti seksual cenderung membuat mengantuk.

2. Elakkan makanan berat menjelang waktu tidur
Makanan berat akan membuat sistem pencernaan anda bekerja keras. Mengambil makanan berat menjelang waktu tidur boleh jadi membuat anda tidak boleh tidur cepat. Jika anda lapar di malam hari, siasati dengan mengambil makanan kecil, seperti biskut, bijirin, atau susu. Makanan kecil ini justru dapat membuat anda lebih santai. Satu hal lagi, hadkan waktu makan, iaitu sebaik-baiknya paling lambat satu jam sebelum tidur.

3. Elakkan kopi atau merokok sebelum tidur
Kopi mengandungi kafein yang boleh membuat anda sukar mengantuk. Jika pun memaksakan untuk tidur, anda boleh terbangun beberapa kali di malam hari. Hal ini membuat kualiti tidur anda menurun dan mengurangkan waktu tidur. Kesan nikotin pada rokok pun sama.

4. Elakkan bekerja atau menonton TV di bilik tidur
Elakkan bekerja di tempat tidur agar fikiran anda boleh santai. Anda juga dianjurkan 'melupakan' sejenak pikiran-pikiran yang ada hubungannya dengan pekerjaan, deadline, atau ujian. Singkirkan laptop dari tempat tidur atau anda boleh tergoda melayari di dunia maya dan akhirnya menggunakan masa tidur untuk online. Hal yang juga harus cuba dielakkan adalah menonton TV di bilik tidur.

5. Buatlah jadual tidur yang tetap
Seperti yang telah dibincangkan di atas, tidur pada jam yang sama secara rutin bermanfaat untuk membantu otak dan tubuh mencipta 'body alarm'. Lakukan juga saat akhir pekan. Jadual tidur yang tetap akan membantu anda tidur nyenyak. Jangan lupa, buatlah tempat tidur seberapa selesa yang mungkin dan gunakan lampu yang malap agar tubuh dapat berehat sepenuhnya.

Banyak cara tidur nyenyak yang dapat dilaksanakan. Anda boleh memulakannya sekarang juga, sekurang-kurangnya tentukan masa tidur anda dan biarkan badan anda segar 
Tips!! .. Cara mendapatkan Nyenyak Tidur, Cara No 1 tu memang tak sangka betul .... Tips!! .. Cara mendapatkan Nyenyak Tidur, Cara No 1 tu memang tak sangka betul .... Reviewed by Unknown on 14:45 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.