Akaun Instagram Nabil Ahmad Di Godam, kerugian hampir RM 200,000 ?? Kenapa rugi??
Ekoran akaun instagram digodam, pengacara dan pelawak
popular Nabil Ahmad bukan sahaja kehilangan pengikut seramai 1.2 juta, malah
mengalami kerugian hampir RM200,000 apabila kontraknya bersama beberapa produk
terpaksa dibatalkan.
Selain terkilan, Nabil mengakui masalah akaun digodam memang membuatkan dirinya
agak tertekan pada permulaan kerana sebahagian daripada sumber pendapatannya
diperolehi daripada laman sosial.
Namun demikian, anak kelahiran Negeri Sembilan itu akur dengan ketentuan rezeki
yang tidak berpihak kepadanya.
"Saya juga terpaksa memulangkan wang pendahuluan dan bayaran diterima
daripada pengeluar produk kerana kerja promosi yang tidak sempat diselesaikan
apabila Instagram digodam.Jumlah kerugian itu bukan kecil, tetapi saya reda
kerana mungkin ia bukan rezeki saya."
Sementara itu, Nabil rasa bersyukur jumlah pengikutnya semakin meningkat
sehingga mencecah hampir 170,000 setelah akaun instagram baharu diperkenalkan
sebulan lalu,
Hampir sebulan akaun itu diperkenalkan, jumlah pengikutnya meningkat hampir
170,000.
"Kebanyakan pengikut saya adalah golongan dewasa yang mempunyai kuasa
membeli. Berdasarkan reaksi pelanggan, mereka berpuas hati dengan maklum balas
daripada ulasan dan promosi yang saya lakukan."
"Alhamdulillah, pengeluar produk sudah mula kembali mencari saya untuk
mempromosikan barangan mereka."
Sumber - CARI
Akaun Instagram Nabil Ahmad Di Godam, kerugian hampir RM 200,000 ?? Kenapa rugi??
Reviewed by Unknown
on
11:31
Rating:
No comments:
Post a Comment