Penjawat awam kerajaan Negeri SELANGOR terima bantuan kewangan 2 bulan gaji...WOW!!
Penjawat awam di seluruh negeri bakal
menikmati bantuan khas kewangan dua bulan gaji dengan peruntukan kewangan
sebanyak RM57.25 juta.
Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata,
pemberian tersebut dibuat sebagai menghargai sumbangan dan kejayaan penjawat
awam yang terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
“Sebagai menghargai kejayaan ini, Kerajaan Negeri bersetuju
memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji. Pembayaran sebanyak
satu setengah bulan telah pun dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu.
“Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah
bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam
membuat persediaan persekolahan anak-anak.
“Pembayaran bantuan khas kewangan dua bulan gaji memberi
implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 57.25 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan
Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.
Dalam perkembangan itu, Mohamed Azmin berkata pembayaran
bantuan khas berkenaan bakal dibuat tahun ini.
Pada 2016, satu bulan setengah gaji dengan implikasi
kewangan sebanyak RM44.1 juta dikeluarkan bagi tujuan pembayaran bantuan
kewangan.
Sumber :Selangorkini
Penjawat awam kerajaan Negeri SELANGOR terima bantuan kewangan 2 bulan gaji...WOW!!
Reviewed by Unknown
on
14:08
Rating:
No comments:
Post a Comment