Dr Vida akan didakwa di mahkamah kerana gagal bayar cukai


Pengasas syarikat kosmetik Vida Beauty, Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dr Vida akan didakwa di mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini (13 Okt) atas kesalahan mengelak cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menurut laporan Berita Harian Malaysia, Dr Vida akan didakwa atas tiga kesalahan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014, iaitu lewat membuat pendaftaran GST, gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai itu.
Kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu dipercayai membabitkan jumlah cukai hampir RM4 juta (S$1.3 juta) yang tidak dijelaskan.
Jutawan kosmetik itu memaklumkan bahawa syarikat beliau sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, namun belum melunaskan cukai GST, menurut sumber yang ditukil Berita Harian Malaysia.
Dr Vida juga dilaporkan kecewa kerana beliau tidak dimaklumkan oleh jabatan tersebut yang dirinya akan dihadapkan ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya mengetahui tentang perkara itu menerusi media.
“Dr Vida mengetahui kes itu berlaku kerana masalah teknikal dan salah faham,” menurut sumber yang ditukil Berita Harian Malaysia.
Awal tahun ini, produk kecantikan syarikat Dr Vida, Qu Puteh, terpaksa ditarik balik setelah diharamkan oleh Kementerian Kesihatan disebabkan ia mengandungi bahan raksa.

Sumber : .mediacorp
Dr Vida akan didakwa di mahkamah kerana gagal bayar cukai Dr Vida akan didakwa di mahkamah kerana gagal bayar cukai Reviewed by Unknown on 12:35 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.