KL, Putrajaya & Labuan Dilarang Guna Polisterin Mulai Tahun 2017




Berkuatkuasa mulai tahun 2017, semua premis makanan dan kafe di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dilarang sama sekali menggunaankan polisterin.

Demikian kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media sempena Majlis Perasmian Kios Jualan Makanan dan Minuman di Presint 9, di Putrajaya pada Selasa.

Tambah beliau larangan itu adalah antara inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan kepada alam sekitar kerana sukar diurai atau dikitar semula.

"Peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula dan mudah urai, yang diperbuat daripada serat hampas tebu dan jagung kerana ia lebih selamat berbanding polisterin yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna."

"Kita akan memastikan pelaksanaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berharap mendapat kerjasama semua pihak supaya ia berkesan." 

Larangan itu yang bakal dilaksanakan bukan sahaja di bangunan kerajaan malah juga di bangunan swasta.

Sumber :CARI


KL, Putrajaya & Labuan Dilarang Guna Polisterin Mulai Tahun 2017 KL, Putrajaya & Labuan Dilarang Guna Polisterin Mulai Tahun 2017 Reviewed by Unknown on 11:58 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.