"Fitnah Itu Untuk Aibkan Kami" - Kata Fattah Amin & Fazli Zainal

Tak tahu nak kata apa, terasa seperti hiburan yang lucu pun ada dengan gosip yang satu ini. 



Bayangkan ada pihak yang mendakwa pelakon Fattah Amin mempunyai hubungan 'istimewa' dengan penyanyi Fazli Zainal.

Semua ini gara-gara apabila gambar mereka berdua di laman Instagram dijadikan 'modal' untuk menjaja cerita panas yang belum tentu pun betul.

Bercakap kepada Mstar Online, Fattah menganggap ia adalah fitnah untuk mengaibkannya.

"Sebenarnya saya malas hendak melayan gosip sebegini kerana ia akan menyebabkan perkara itu menjadi lebih besar selain tidak mendatangkan faedah.

"Bagaimanapun dakwaan dibuat oleh sesetengah blog dan forum yang mengambil gambar selfie kami itu di Instagram dan membuat kesimpulan kononnya kami ada hubungan sudah dikira sebagai fitnah.

"Fitnah yang disebarkan dengan tujuan mengaibkan pada saya bukan benda main-main kerana ia boleh buat orang percaya dengan apa yang mereka baca tanpa mengetahui situasi sebenar,"ujarnya.


Manakala, bagi pihak Fazli dia menafikan mahu 'menempel' bergambar bersama aktor popular itu untuk mendapat publisiti murahan.


Sumber - CARI 
"Fitnah Itu Untuk Aibkan Kami" - Kata Fattah Amin & Fazli Zainal "Fitnah Itu Untuk Aibkan Kami" - Kata Fattah Amin & Fazli Zainal Reviewed by Unknown on 08:55 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.