Rotavirus: Taman Tema Air Bukit Merah ditutup


Operasi Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini ditutup dua hari bermula hari ini berikutan berlaku jangkitan rotavirus kepada pengunjungnya.

Namun Pengurus Besar BMLR, Kamal Hussein berkata ujian sampel air taman tema itu oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kerian belum diperoleh.

Beliau berkata pihaknya akan segera mengambil langkah susulan sekiranya disahkan virus terbabit berpunca daripada taman tema itu.

"Bagaimanapun pihak kami masih menunggu hasil laporan penuh daripada pihak terlibat sebelum keputusan rasmi dibuat," katanya ketika dihubungi.

Semalam Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan tujuh kes membabitkan kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital kerana muntah dan cirit-birit adalah akibat terkena jangkitan Rotavirus setelah mandi di BMLR pada Sabtu lalu.


Rotavirus berupa virus yang menyebabkan jangkitan pada perut dan usus yang  menyerang kanak-kanak terutama yang berumur lima tahun ke bawah dengan mengalami gejala seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut.

Sumber - Bernama
Rotavirus: Taman Tema Air Bukit Merah ditutup Rotavirus: Taman Tema Air Bukit Merah ditutup Reviewed by Unknown on 09:03 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.