Ezad kesal pernah habiskan ratusan ribu ringgit demi DADAH..

 Ezad Lazim bersama keluarga

KUALA LUMPUR: Bekas vokalis Exist, Ezad Lazim meluahkan rasa kesal kerana pernah membazirkan ratusan ribu ringgit untuk membeli dadah.

“Setiap kali dapat duit hasil menyanyi, saya akan menghabiskannya kepada benda tidak berguna itu,” kata Ezad, atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 37 tahun, kepada Harian Metro.

Bahkan, peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu, yang pernah popular dengan lagu ‘Jesnita’, mengakui bahawa beliau rasa rugi kerana banyak membuang duit dan masa untuk dadah, yang turut menjejas kerjaya nyanyiannya.

“Jumlah duit saya ‘laburkan’ untuk membeli dadah dahulu cukup untuk memulakan perniagaan atau melakukan perkara yang baik lain.

“Sepanjang terbabit dengan dadah, saya rasa rugi dan banyak masa terbuang begitu saja khususnya soal kerjaya,” katanya seperti ditukil Harian Metro.

Ezad bersyukur beliau kini tidak lagi terjebak dalam kancah dadah, berkat dorongan keluarganya.

“Sekarang saya sudah tidak melakukan kerana sayangkan keluarga,” ujar Ezad kepada Harian Metro.
Ezad kesal pernah habiskan ratusan ribu ringgit demi DADAH.. Ezad kesal pernah habiskan ratusan ribu ringgit demi DADAH.. Reviewed by Unknown on 11:37 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.