Malunya Kasut Berbau Busuk Bak Longkang , Cuba Tips Ini
Selain kaki, kasut juga selalu membuatkan kita pening
dengan bau yang tidak menyenangkan.
Biasanya kasut berbau berpunca dari tabiat sesetengah orang
yang malas untuk membasuhnya untuk tempoh yang lama, terkena air dan tidak
kering, sampailah kepada masalah peluh yang dikeluarkan kaki.
Nah, rahsia untuk menghilangkan bau yang yang menggelikan
itu dengan sekelip mata sahaja. Cara-caranya:
1. Ambil 2-3 kantung teh yang sudah digunakan.
2. Letakkan uncang tersebut ke dalam kasut yang berbau.
3. Biarkan satu malam di tempat yang kering.
4. Nantikan hasilnya pada keesokan harinya.
Kantung teh dapat menghilangkan bakteria penyebab bau busuk dan
cara ini tersangatlah mudah dan memerlukan tenaga dan usaha yang minimum.
Jadi selepas ini sebaik sahaja bancuh air teh, bolehlah
gunakan uncang tersebut dengan sebaik mungkin. Bukan sahaja praktikal
malah menjimatkan, bukan?
Sumber : CARI
Malunya Kasut Berbau Busuk Bak Longkang , Cuba Tips Ini
Reviewed by Unknown
on
16:32
Rating:
No comments:
Post a Comment