Kucing 'mengembara' lebih 4,800km dari California ke Kanada
SAN FRANCISCO: Seekor kucing yang hilang di California dua
setengah tahun lalu, ditemui semula akhirnya - di Kanada, beribu-ribu kilometer
dari rumahnya.
Kucing bernama BooBoo itu, yang ternyata begitu asyik
'mengembara' hingga tidak pulang ke rumah pemiliknya, dilapor hilang pada Ogos
2014 di Watsonville, California.
Minggu lalu (30 Mac) , BooBoo akhirnya muncul semula - di
tenggara Kanada, sekitar sejauh 4,830km dari rumahnya di California, Amerika
Syarikat.
Namun apabila BooBoo dibawa ke Pusat Kemanusiaan Guelph di
Toronto, kucing tersebut kelihatan kemas dan ternyata sudah menjaga dirinya
dengan baik selama ini meskipun 'mengembara' jauh hingga merentasi sempadan
negara.
Kucing bernama BooBoo. (Gambar: Guelph Humane Society via
AP)
Pengarah Eksekutif persatuan itu, Adrienne McBride berkata
BooBoo dalam "keadaan yang bagus sekali." Bahkan katanya, kucing itu
sudah menjadi gemuk dan mungkin perlu berdiet apabila pulang ke pangkuan
pemiliknya.
Jadi bagaimana agaknya BooBoo boleh merentas beribu-ribu
kilometer dari California ke Kanada?
Pemiliknya, Ashley Aleman berkata BooBoo mungkin tumpang
kereta orang kerana memang suka melompat ke atas kereta orang lain.
Kucing tersebut dikenal pasti sebagai BooBoo kerana
mempunyai mikrocip pada tubuhnya.
Para pegawai perlindungan haiwan sudah membawa BooBoo pulang
ke California.
Kucing 'mengembara' lebih 4,800km dari California ke Kanada
Reviewed by ZULKARNAIN
on
15:54
Rating:
No comments:
Post a Comment