Menular! Kebanjiran Backpackers Mat Saleh Jadi Pengemis Di Malaysia, Singapura
Jika baru-baru ini, ramai terpegun dengan pujian daripada
pelancong mat saleh tentang betapa peramahnya rakyat Malaysia.
Namun, pendedahan terbaru daripada laman Asiajack ini mungkin membuatkan ramai
berasa loya dan menyampah dengan kehadiran sesetengah pelancong asing ke sini.
Laman itu melaporkan seakan menjadi trend yang menular di beberapa buah negara
Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Hong Kong bila
didatangi pelancong yang dikenali sebagai 'backpacker' bertindak mengemis di
tepi jalan.
Pun begitu, mereka ini dipanggil sebagai 'beg-packers' kerana tanpa
segan silu meminta wang daripada penduduk tempatan yang rata-ratanya terkenal
dengan sifat pemurah.
Jika baru-baru ini, ramai terpegun dengan pujian daripada pelancong mat saleh
tentang betapa peramahnya rakyat Malaysia.
Namun, pendedahan terbaru daripada laman Asiajack ini mungkin membuatkan ramai
berasa loya dan menyampah dengan kehadiran sesetengah pelancong asing ke sini.
Laman itu melaporkan seakan menjadi trend yang menular di beberapa buah negara
Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Hong Kong bila
didatangi pelancong yang dikenali sebagai 'backpacker' bertindak mengemis di
tepi jalan.
Pun begitu, mereka ini dipanggil sebagai 'beg-packers' kerana tanpa
segan silu meminta wang daripada penduduk tempatan yang rata-ratanya terkenal
dengan sifat pemurah.
Seorang netizen dari Singapura, Maisarah Abu Samah memuat naik gambar seorang
beg-packers ini di laman Twitter, berkata mereka memerlukan duit kerana
mengembara tanpa duit mencukupi.
"Saya sedang mengembara ke seluruh Asia tanpa ada duit. Tolong bantu
perjalanan saya."
Begitulah gambar mat saleh yang memegang nota meminta tolong daripada warga
tempatan.
Maisarah juga berasa pelik dengan keadaan tersebut kerana situasi meminta derma
untuk mengembara atau melancong adalah satu yang asing baginya dan juga
masyarakat temaptan.
"Kami rasa sangat pelik bila seseorang minta duit untuk bantu dia pergi
melancong.
"Selalunya mereka yang memerlukan duit untuk membeli makanan, bayar yuran
sekolah atau pun membayar hutan," katanya.
Sebelum ini akhbar tempatan turut melaporkan kehadiran
pengemis profesional dikenali sebagai Benjamin Holst yang sering berulang alik
dari Malaysia, Thailand dan beberapa buah negara lain untuk mengemis.
Dia kemudiannya dilaporkan memuat naik perkembangan terkini di Facebook dengan
aktiviti mewahnya seperti menginap di hotel, minum di bar dan juga melanggan
pelacur. Sehabisnya duit, dia akan kembali mengemis di tepi jalan.
Sumber : Forum Cari
Sumber : Forum Cari
Menular! Kebanjiran Backpackers Mat Saleh Jadi Pengemis Di Malaysia, Singapura
Reviewed by Unknown
on
14:42
Rating:
No comments:
Post a Comment